Ujian psikologi sering digunakan oleh pakar psikologi untuk mengungkap kepribadian seseorang. Salah satu caranya, haiwan yang manakah anda akan lihat dahulu.
#1 Kuda
Jika anda lihat seekor kuda, ini bererti anda seorang yang mempunyai cita-cita tinggi dan mahu berjaya. Anda juga seorang yang jujur dan tidak kenal apa itu erti menyerah.
#2 Ayam
Anda seorang yang sangat bijak. Anda juga seorang yang tegas, garang dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjuang.
#3 Ketam
Anda seorang yang kelihatan garang dan tegas di luar tetapi sebenarnya dalam hati ada hati, seorang yang lembut dan setia. Anda akan mementingkan orang yang sayang lebih dahulu berbanding diri anda sendiri.
#4 Belalang
Seorang yang penyabar dan mempunyai firasat yang kuat. Seorang yang berdikari.
#5 Serigala
Seorang yang garang dan berani. Anda seorang yang sangat menonjol walaupun dalam khalayak ramai.
#6 Anjing
Seorang yang setia, berani dan tidak ego. Anda ini bersifat penuh kasih sayang dan sentiasa ceria. Anda suka berbuat baik kepada semua orang walaupun orang yang tidak baik dengan kamu.
#7 Burung helang
Anda ingin kebebasan dalam hidup. Suka bercita-cita tinggi, fokus dan berusaha dalam mencapai kejayaan.
#8 Kupu-kupu
Seorang yang sangat fleksibel, mampu menyesuaikan diri dalam apa jua situasi. Anda mengambil cabaran hidup sebagai pelajaran dalam memperbaiki diri menjadi lebih baik.
#9 Burung merpati
Anda seorang yang bijak dan sabar dalam menghadapi apa jua cabaran dalam hidup. Ramai menanggap anda sebagai seorang yang boleh diharap.
Jadi, anda yang mana satu dan betul ke dengan kepribadian anda? Kalau tak sama, tak apa. Ini hanya suka-suka sahaja, tak perlu diambil serius. Kalau betul, mungkin kebetulan kelak.
Sumber: Health.detik
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.