
Foto Hiasan
Dalam dunia yang semakin berdaya saing, pendidikan bukan sahaja dianggap sebagai asas kemajuan individu, tetapi juga penentu masa depan sesebuah negara. Namun, laporan terbaru oleh Human Rights Measurement Initiative (HRMI) membunyikan loceng amaran apabila Malaysia kini antara negara paling rendah pencapaiannya dalam hak pendidikan di Asia Tenggara, hanya mengatasi Brunei dan Laos.
Malaysia menduduki tempat ketiga paling rendah dalam kalangan negara ASEAN dari segi pemenuhan hak pendidikan, dengan skor keseluruhan hanya 67.5% pada tahun 2025 yang menunjukkan peningkatan yang amat kecil berbanding 67.2% pada tahun 2010. Ini bermakna kemajuan pendidikan Malaysia telah hampir tidak berubah sejak lebih sedekad yang lalu.
Lebih membimbangkan, jika dibandingkan dengan potensi sebenar berdasarkan pendapatan negara, Malaysia hanya mencapai 64.4% untuk pelajar lelaki dan 70.7% untuk pelajar perempuan. Meskipun angka untuk pelajar perempuan sedikit lebih tinggi, kedua-dua angka itu dikategorikan sebagai amat buruk oleh HRMI.
Skor ini bukan sekadar angka ia menunjukkan bagaimana sumber yang ada digunakan untuk memastikan pendidikan yang adil dan berkualiti untuk rakyat. Dengan pendapatan negara seperti Malaysia, kita sepatutnya boleh menyediakan akses pendidikan yang jauh lebih baik.
Beberapa faktor boleh dikaitkan dengan pencapaian yang rendah ini:
-Ketidaksamaan akses pendidikan luar bandar vs bandar
-Kekurangan dasar yang menyeluruh untuk pelajar marginal
-Isu infrastruktur dan kualiti guru di kawasan pedalaman
-Sistem pendidikan yang terlalu menekankan peperiksaan daripada pembelajaran holistik

Foto Hiasan
Laporan ini perlu menjadi wake-up call kepada semua pihak kerajaan, masyarakat, pendidik dan ibu bapa. Jika kita ingin membina masa depan yang cerah untuk Malaysia, kita tidak boleh lagi berpuas hati dengan pencapaian sederhana.
Kerana di sebalik setiap angka yang kita lihat, terdapat sejuta impian anak-anak Malaysia yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan jika hak mereka terhadap pendidikan terus dinafikan.
Sumber: Human Rights Measurement Initiative (HRMI)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.