
Foto: X
Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia, sekali lagi menjadi perhatian kali ini bukan kerana aksi cemerlang di gelanggang, tetapi gara-gara satu hantaran yang dianggap menyeramkan di media sosial, yang mengundang pelbagai spekulasi dan kebimbangan.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik baru-baru ini, Zii Jia memuat naik beberapa gambar berunsur lukisan surrealis yang menakutkan, termasuk imej kepala manusia terbakar, wajah penuh benang berduri dan figura hitam tidak berwajah dengan rambut mencacak. Kesemuanya seolah-olah menggambarkan tekanan psikologi yang mendalam.

Foto: Instagram
Ciapan seorang pengguna di X (@taiofm2) yang berbunyi:
“WHAT DOES THIS PICS MEAN?? IM SO WORIEDDD” telah mendapat ribuan reaksi, ulang ciap dan tanda suka membuktikan bahawa penyokong amat risau dengan mesej tersirat di sebalik gambar-gambar itu.
Dalam ciapan susulan, pengguna sama meluahkan:
“Mental health issue is no joke and I hope everyone gets the support they need. Bila banyak pendam, ia makan diri...”
Sementara itu, pengguna lain, turut mengulas:
“Haunting graphic images. Hope he can find peace & support amongst his closest circles.”
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian rakan seperjuangannya yang turut menitipkan pesanan positif buat Lee Zi Jia.

Ucapan-ucapan ini menunjukkan betapa ramai yang bersimpati dan mengharapkan Zii Jia diberi ruang, kasih sayang dan masa untuk pulih.
Ramai mengaitkan gambar tersebut sebagai satu luahan kesihatan mental yang merosot. Lukisan-lukisan yang tidak disertakan sebarang kapsyen itu dilihat sebagai bentuk "silent cry for help", satu tindakan simbolik yang semakin biasa dalam kalangan individu yang memendam emosi.
Zii Jia sebelum ini pernah menangis di sidang media kerana tidak tahan menerima tekanan dan kritikan melampau, termasuk selepas Olimpik dan beberapa kekalahan berturut-turut.

Foto: Instagram
Lee Zii Jia bukan sahaja ikon sukan, dia juga seorang anak muda yang menanggung beban besar demi negara. Hantarannya baru-baru ini mungkin bukan sekadar gambar, tetapi jeritan dalam diam yang meminta kita semua untuk lebih prihatin.
Namun begitu, peminat dan masyarakat umum digalakkan untuk tidak membuat spekulasi melulu, menunjukkan sokongan moral secara berhemah dan sentiasa mendoakan kesembuhan mental dan fizikal beliau.

Foto: Instagram
Kerana di sebalik senyum di podium, mungkin ada tangisan yang disembunyikan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.