Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Harap 2021 Jadi ‘Tahun Penyembuhan’

Tahun 2020 disifatkan penuh dengan ‘penderitaan, tragedi dan air mata'.
Editor
29 Dec 2020, 02:11 PM

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menaruh harapan agar tahun 2021 akan menjadi 'tahun penyembuhan' buat seluruh dunia.

Memetik laporan Awani, dalam mesej akhir tahunnya, agensi dunia itu menyifatkan tahun 2020 penuh dengan ‘penderitaan, tragedi dan air mata' sepanjang 12 bulan ini.

Menurut Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, COVID-19 telah menterbalikkan hidup dan menjatuhkan dunia ke dalam penderitaan dan kesedihan.

pertubuhan bangsa-bangsa bersatu harap 2021 jadi ‘tahun penyembuhan’

"Begitu banyak orang yang dikasihi meninggal dunia dan pandemik itu terus berleluasa, menciptakan gelombang penyakit yang baru dan kematian. 

"Kemiskinan, ketidaksamaan dan kelaparan meningkat, pekerjaan semakin hilang dan hutang semakin meningkat, anak-anak bergelut, kekerasan di rumah semakin meningkat dan rasa tidak selamat untuk berada di mana-mana," katanya dalam satu video sempena amanat akhir tahun agensi dunia itu.

Guterres juga menyentuh tentang kesan ekonomi akibat pandemik termasuk peningkatan kemiskinan, kelaparan dan ketidaksamaan dalam ucapannya itu.

Namun, beliau menjelaskan bahawa terdapat 'sinaran harapan' untuk tahun baru yang bakal menjelang ketika dunia sedang berusaha memerangi perubahan iklim dan wabak koronavirus.

pertubuhan bangsa-bangsa bersatu harap 2021 jadi ‘tahun penyembuhan’

Beliau turut menegaskan, terdapat keperluan untuk bersatu melalui perpaduan dan kerjasama utuh yang menjangkaui seluruh dunia.

"Bersama-sama mari kita berdamai dengan alam sekitar, mengatasi krisis iklim, menghentikan penularan COVID-19 dan menjadikan 2021 sebagai tahun penyembuhan.

"Penyembuhan daripada kesan virus yang membawa maut. Menyembuhkan ekonomi dan masyarakat yang terjejas, serta mula menyembuhkan planet ini.

"Itu mesti menjadi Resolusi Tahun Baru kita untuk 2021. Saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda semua, dari PBB," ujarnya.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }