Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Hari Ini Disahkan Mengandung, Esoknya Dah Bersalin

ROSTAM, Mohamad Firdaus
13 Mar 2025, 10:13 AM

Blogger solekan China, menggunakan nama @tingtingyupengpeng di media sosial mendedahkan kisahnya melahirkan bayi sehari selepas mengetahui dirinya hamil.

Kejadian pelik tapi benar itu dikongsikan South China Morning Post (SCMP) di media sosial utama China, sehingga ditonton 190 juta kali.

Wanita dari wilayah Jiangsu Timur itu mendedahkan dirinya mengalami pendarahan serius pada petang 6 November 2024, ketika bermain permainan di telefon bimbitnya.

hari ini disahkan mengandung, esoknya dah bersalin

Foto: South China Morning Post (SCMP)

Susulan daripada itu, keesokan harinya, wanita pergi ke hospital dan diberitahu bahawa dia hamil 34 minggu.

"Saya tidak percaya doktor sehingga saya mendengar bunyi degupan jantung dari mesin ultrabunyi," katanya.

Pada pagi 8 November lalu, wanita itu ditemani ibunya untuk pergi semula ke hospital dan diberitahu dia hampir melahirkan cahaya mata.

Dalam pada itu, pembedahan diatur pada petang hari sama, dan bayi lelakinya dilahirkan.

“Saya sama sekali tidak menyedari diri saya hamil, terutamanya kerana mengalami haid yang teratur.

“Saya tidak mengalami simptom biasa kehamilan, seperti mual pada waktu pagi, perut bengkak, ketidakstabilan emosi, tanda regangan atau merasai pergerakan janin.

“Saya ada menggunakan tiga kit ujian kehamilan dan semuanya negatif,” ujar wanita itu.

Oleh kerana percaya dirinya tidak hamil, wanita itu tetap meneruskan gaya hidup kebiasaannya seperti tidur lewat, merokok, serta minum kopi dan teh susu, untuk melegakan tekanan kerja yang dihadapi.

Wanita itu turut memberitahu dirinya turut menaiki 'roller-coaster' pada fasa awal kehamilan dan melakukan lompat lelabah bersama rakannya.

Malah, dia turut pernah mengangkat kotak seberat 25 kilogram (kg) kerana semuanya terasa normal pada badannya.

Untuk makluman, bayinya telah dihantar ke unit rawatan rapi neonatal (NICU) kerana dilahirkan pramatang sebelum dibenarkan keluar selepas 10 hari.

Wanita itu berkata, anaknya kini sihat namun dia enggan mendedahkan identiti bapa bayi itu, malah tidak menjelaskan sama ada dia sudah berkahwin atau sebaliknya.

Sumber: South China Morning Post (SCMP)

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us