Artikel ini ditaja oleh Kraftangan Malaysia

Kredit: Kraftangan Malaysia
Cuti sekolah dah mula, tentu ramai ibu ayah yang tercari-cari tempat terbaik untuk bawa anak-anak bercuti kan? Selain balik kampung, bercuti ke taman tema, berjalan cuci mata di pasaraya, anda boleh bawa keluarga pergi ke Hari Kraf Kebangsaan 2023 (HKK 2023) di Kompleks Kraf Jalan Conlay! Untuk yang tak tahu, tahun ini merupakan sambutan ke 20 acara ini! Tentunya ada pelbagai aktiviti dan pameran menarik menanti anda.
Jom Pergi HKK 2023 Mulai Sekarang Hingga 13 Mac!
Ha, jangan tak tahu mulai 1 Mac hari tu dah bermula HKK 2023. Inilah masanya untuk kita iktiraf penglibatan dan sumbangan penggiat seni kraf tempatan kepada perkembangan industri kraf negara.
Dan inilah juga masa terbaik untuk bawa anak-anak bersama-sama menghargai seni kraftangan tempatan. Sesuai sangat dengan tema HKK 2023, ‘Ini Kraf Kita’. Kalau bukan kita, siapa lagi yang hendak menghargai dan mengangkat seni kraftangan ni kan?
Ini antara sebab anda kena bawa keluarga pergi ke HKK 2023 tahun ni:
#1 Lebih 380 usahawan kraf dari seluruh Malaysia terlibat dalam HKK 2023
Tentunya ada pelbagai jualan kraf dan padanan perniagaan menanti anda! Antara produk kraf terlibat termasuklah:
-
Tekstil: Batik, tenun, songket, sulaman, jahitan dan tekatan
Kredit: Kraftangan Malaysia
-
Hasil Rimba: Kayu, rotan, buluh, mengkuang dan ribu-ribu

Kredit: Kraftangan Malaysia
-
Hasil Tanah: Seramik, kristal, kaca dan batu

Kredit: Kraftangan Malaysia
-
Aneka Kraf: Manik, kulit dan Mutiara

Kredit: Kraftangan Malaysia
-
Hasil Logam: Perak dan tembaga

Kredit: Kraftangan Malaysia
#2 Pelbagai pameran menarik!
Selain pameran Standard Kraftangan Malaysia, Pameran Kehalusan Seni Kraf Tenunan & Sulaman, Produk Baharu dan Hasil Kajian, ini antara pameran lain yang anda boleh saksikan di sini!

Kredit: Kraftangan Malaysia
-
Pameran Pavilion Institut Kraf Negara (IKN)
-
Pameran Kraf Komuniti Ku (KKK)

Kredit: Kraftangan Malaysia

Kredit: Kraftangan Malaysia
#3 Pelbagai demonstrasi menarik
Antaranya daripada adiguru dan usahawan. Ada juga demonstrasi masakanan kuih tradisional dan persembahan kesenian.
Kredit: Kraftangan Malaysia

Kredit: Kraftangan Malaysia

Kredit: Kraftangan Malaysia
#4 Boleh sertai aktiviti Interaktif Kraf dan Craftganza @craftvillage
Antara aktiviti Interaktif kraf termasuklah Ekspresi Kreativiti Selembar Benang. Nak sertai aktiviti menghasilkan batik, tembikar dan tembaga di craftganza seperti Batik Ikat & Celup, Tembikar, Teknik Tekan Tampal Tembaga Merah, Batik Lukis/Canting dan Seni Tampal Selit Batik pun ada!

Kredit: Kraftangan Malaysia

Kredit: Kraftangan Malaysia

Kredit: Kraftangan Malaysia
#5 Gerai Jualan
Untuk yang inginkan lebih info, anda bolehlah sertai seminar kraf atau boleh juga gunakan khidmat iring, bagi yang datang dalam kumpulan besar. Dan kalau anda lapar atau haus, jangan risau. Ada pelbagai gerai jualan makanan yang boleh anda beli.

Kredit: Kraftangan Malaysia
Nak bersantai melepas lelah dengan bermain permainan tradisional seperti congkak dan dam pun boleh. Ada banyak meja dengan permainan tradisional disediakan. Memang terbaiklah!

Kredit: Kraftangan Malaysia
Macam mana? Menarik, kan? Jom ramai-ramai ke Hari Kraf Kebangsaan 2023 pada 1 - 13 Mac 2023, mulai jam 10 pagi hingga 10 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
Info lanjut, layari laman web rasmi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia hari ini!