Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Safawi Rashid Muncul Sebagai Wira Pasukan Negara Dengan Sepakan Penalti Menentang Thailand!

Tahniah Harimau Malaya layak masuk ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023
nura
16 Jun 2021, 02:51 PM

Skuad Harimau Malaya kembali mengaum apabila Malaysia tewaskan Thailand selepas dua kekalahan berturut-turut dalam saingan kumpulan sebelum ini, kemenangan 1-0 Malaysia ke atas Thailand pada aksi terakhir Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 awal pagi tadi.

safawi rashid muncul sebagai wira pasukan negara dengan sepakan penalti menentang thailand!

Menurut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau menghargai semangat ditonjolkan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe sepanjang perlawanan, dalam usaha memburu kemenangan dan berharap setiap pemain mengekalkan prestasi positif itu, bagi menempuh cabaran di masa hadapan.

"Harimau Malaya kembali mengaum! Alhamdulillah! Dengan sepakan penalti Safawi Rasid, Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023. Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Harimau Malaya yang telah berjuang dengan penuh semangat.

"Inilah prestasi yang perlu kekal di dada setiap pemain Harimau Malaya-dengan lencana yang membawa nama negara. Saya bangga dengan aksi pada malam ini. 'GOOD GAME' Harimau Malaya!," kata beliau menerusi hantarannya di akaun Twitter.

 

 

Pemain gantian pada babak kedua perlawanan, Muhammad Safawi Rashid muncul sebagai wira pasukan negara apabila beliau menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-52 di padang Stadium Al Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

safawi rashid muncul sebagai wira pasukan negara dengan sepakan penalti menentang thailand!

Kejayaan Hari Malaya menewaskan Thailand membolehkan pasukan negara merampas kedudukan Kumpulan G daripada skuad Gajah Perang dan secara automatik melangkah masuk ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023, begi terus menghidupkan peluang beraksi pada pusingan akhir kejuaraan benua itu.

Dalam aksi kumpulan G pada 4 Jun lepas, Malaysia kalah 4-0 kepada UAE sebelum tewas 1-2 kepada Vietnam pada Sabtu lalu.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.