Baru-baru ini, seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun mengharumkan nama negara setelah memenangi pertandingan mencipta aplikasi Swift Student Challenge (SSC) 2024 anjuran syarikat Apple.

Nur Alia Jannah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syeksen 16 Shah Alam dinobat sebagai pemenang pertandingan itu setelah berjaya mencipta ‘Tracklist’ iaitu aplikasi semakan muzik.
Malah, ilmu dan kemahiran dalam mencipta pengekodan diperoleh dengan hanya belajar secara sendiri.
“Saya terlibat dalam pengekodan selepas mengetahui SSC dan diilhamkan oleh aplikasi yang dipamerkan di Apple’s Worldwide Developers Conference (WWDC) 2021,” katanya.
Tambahnya, dia mahir dengan kemahiran pengekodan dan mempunyai pengetahuan luas dalam ‘review muzik’.
“Pada mulanya, saya mereka bentuk aplikasi untuk mengesan beberapa lagu tertentu yang saya dengar. Contohnya, ‘review; saya tentang album, artis atau lagu.
“Kemudian, saya sedar tidak ada aplikasi untuk orang membuat ‘review’ lagu,” jelasnya
Sumber: Sinar Bestari
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.