Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

“Allah Tunjuk Depan Mata, Mereka Negara Haram yang Jahat!” – Heliza Helmi

IDRUS, Husna Najwa
06 Oct 2025, 11:50 AM

“allah tunjuk depan mata, mereka negara haram yang jahat!” – heliza helmi

Foto: Astro Awani

Aktivis kemanusiaan dan selebriti terkenal, Heliza Helmi, meluahkan rasa sebak dan tegas apabila menyifatkan tindakan Israel sebagai bukti nyata kezaliman rejim itu terhadap rakyat Palestin.

Kenyataan beliau dibuat susulan insiden penahanan lebih 200 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) oleh pasukan keselamatan Israel baru-baru ini. Kapal flotilla tersebut membawa misi kemanusiaan bagi menghantar bantuan ke Gaza, namun disekat sebelum sempat tiba di destinasi.

“allah tunjuk depan mata, mereka negara haram yang jahat!” – heliza helmi

Heliza yang turut terlibat dalam gerakan kemanusiaan itu berkata, apa yang berlaku bukan lagi sekadar cerita di media sosial, tetapi realiti kezaliman yang disaksikan sendiri oleh dunia.

“Tapi Allah bagi kita lihat depan mata, mereka sebenar-benarnya negara haram yang jahat,” katanya dalam nada sebak.

Beliau menegaskan, apa yang berlaku bukan sekadar isu politik, tetapi isu kemanusiaan sejagat yang memerlukan tindakan tegas masyarakat dunia.

“Kita tak boleh diam. Umat Islam, dan semua yang cintakan keamanan, perlu bersatu menentang kezaliman ini,” tambahnya.

Aktivis itu turut mengajak orang ramai untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin melalui doa, kesedaran dan sumbangan kepada misi kemanusiaan yang sah.

Misi Global Sumud Flotilla disertai aktivis dari pelbagai negara, termasuk doktor, wartawan dan sukarelawan yang membawa mesej solidariti sejagat untuk Gaza. Namun, sekatan Israel ke atas kapal bantuan itu telah mencetuskan kecaman antarabangsa serta seruan agar kerajaan-kerajaan dunia bertindak lebih tegas terhadap kekejaman yang berlarutan.

Heliza yang dikenali dengan ketegasannya dalam memperjuangkan isu Palestin menutup kenyataannya dengan pesan penuh makna:

“Bila dunia berpaling, Allah tetap melihat. Dan Dia yang akan membela.”

Sumber: Astro Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us