Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Kes HFMD Naik 15 Kali Ganda. Ini Tanda-Tanda HFMD

Kerap periksa tahap kesihatan anak-anak anda.
Aimi Amira Nordin
18 May 2022, 10:17 PM

Kes bagi penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) menyaksikan peningkatan sebanyak 15 kali ganda menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 

Kebanyakan penyakit berjangkit berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah. 

kes hfmd naik 15 kali ganda. ini tanda-tanda hfmd

Infografik : BERNAMA

HFMD boleh merebak melalui bendalir daripada tubuh badan manusia seperti hingus, air liur, najis dan cecair lepuh dari mereka yang telah dijangkiti. 

kes hfmd naik 15 kali ganda. ini tanda-tanda hfmd

Infografik : Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Antara tanda-tanda dan gejala HFMD adalah :

  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak

Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari

Periksa tahap kesihatan anak anda selalu. Elakkan membawa mereka di tempat awam dan pastikan mereka membasuh tangan dengan kerap. 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.