Kereta yang tercalar baik kerana bergesel dengan kereta lain, pagar atau penghadang jalan boleh buat tuan punya kereta. Yela, nak cat balik kereta bukannya murah.
Bagi korang yang ada masalah ini boleh cuba dulu tip ini sebelum berangkat ke bengkel. Cara ini kosnya tak sampai RM20 pun. Menarik kan! Okay ini caranya.
Dua benda yang perlu ada.
1. Spray WD-40
Spray WD-40 ni boleh hilangkan karat, tanggalkan kotoran, licinkan manga ketat, bahkan hilangkan kesan chewing gum yang lekat kat karpet. Jadi tak pelik lah, kalau spray ni boleh hilangkan kesan calar pada kereta. Harga spray ni hanya RM13.00 sahaja.
2. Magic Sponge
Sponge ini bukan macam sponge biasa. Permukaan sponge ini mampu keluarkan segala kotoran. Sponge ini juga bagus simpan di rumah, boleh cuci bahagian kotoran degil dan tak perlu gunakan sabun pun! Harga sponge ini hanya RM2.20.
Ok langkah-langkah nak hilangkan scuff marks tadi,
1. Basuh permukaan kereta dengan air biasa, hilangkan kotoran yang kasar.
2. Spray sikit WD-40 dekat bahagian scuff marks tu.
3. Gosok perlahan-lahan dengan magic sponge dekat scuff marks yang dah dispray dengan WD-40.
4. Gosok perlahan-lahan dan jangan tonyoh kuat sangat. Lama lama nanti scuff marks tu akan hilang.
5. Take note! Setiap kali gosok, tengok sponge korang, keluar warna apa. Kalau keluar warna kereta korang, maksudnya korang dh gosok terlalu kuat.
6. Gosok je slow slow dan nanti dia akan tertanggal. Kalau tak tanggal, spray lagi WD-40
7. Akhirnya, bilas dengan air dan lap guna kain bersih segala kotoran yang dah tertanggal.
Disclaimer: teknik ni hanya untuk buang scuff marks atau paint transfer sahaja. Untuk pengetahuan korang, kereta kita ada beberapa layer cat. Dan cat atas sekali tu yang kita boleh bersihkan.
Kalau calar yang dalam macam gambar bawah ni maksudnya layer cat tu dah tertanggal, memang tak boleh buat apa selain pergi cat balik.
Jadi selepasni kalau korang tengok kereta korang calar, try dulu guna teknik diatas, sebab mungkin hanya paint transfer atau scuffmarks sahaja.
Sumber: Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.