Musim cuti sekolah ini, ramai ibu-bapa di luar sana sibuk meyusun jadual atau merancang aktiviti untuk anak-anak mereka bagi mengelakkan mereka bosan. Antara aktiviti yang boleh dilakukanialah bermain belon besar atau bubble. Kalau di luar, harga untuk belon besar menggunakan buih ini adalah sebanyak RM4 untuk satu botol tetapi anda boleh menghasilkanya sendiri di rumah
Jom ikuti cara menghasilkan sendiri bubble yang dikongsikan oleh Norshahida Lambri di laman Facebooknya.
BUBBLE HOMEMADE
Hari cuti rumah mesti meriah, mommies mesti pening. Pikir aktiviti untuk anak-anak, diaorang pun mesti boring.
Ok apa kata kita buat bubble homemade. Kalau main dekat luar, semangkuk sabun tu lima hengget hokay. Kalau anak sorang selamat lagi, yang macam shyda nih ada 4 ketoi, rabakkk. Buat sendiri siap boleh simpan lagi, jimattttt.
Anak-anak pun puas main, sampai naik pedih bijik mata, rasakannn hahaha. Bahan-bahan simple yang ada dekat dapo, tak payah susah-susah.
Bahan-bahan
✔ Air 1.5 liter
✔ 4 sudu besar tepung jagung
✔ 250ml (Joy)
* Nak guna sabun pencuci lain pun boleh, cuma joy dia pekat siket.
✔ Pewarna (jika perlu)
✔ Bubble wands (yang ni kena ada kalau tak jenuh nak niup nanti)
Cara-cara
Ambil tepung jagung dan air masukkan dalam bekas/besen.
Masukkan joy, kacau hingga sebati. Siappp!!
Seeloknya simpan dulu dalam balang/bekas bertutup, biarkan semalaman.
Shyda buat tak sempat nak simpan, dah kena serang dengan 4 ketoi nih 🙄
Jadi mommies boleh buat keje dengan tenang, anak-anak pun hepi. Percayalah (ct nurhalijah) kita pun terjebak dok main sekali 🤣
#Share jeklah korang, esokkan wiken boleh buat. Pastu wepi reramai gitchuuu.
Seketoi buih boleh eratkan lagi #kemesraan kita 💓
#BubbleHomemade



Sumber dari Siakap Keli dan Facebook Noor syahida Lambri
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.