Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Shahrim Tamrin ‘Seru’ Penguatkuasaan Yang Lebih Tegas Terhadap Pemandu Tanpa Lesen di Malaysia

ROSTAM, Mohamad Firdaus
12 Mar 2025, 11:38 AM

Aktivis keselamatan jalan raya, Shahrim Tamrin, mendesak Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk mengambil tindakan segera dan tegas bagi menangani peningkatan jumlah pemandu dan penunggang motosikal tanpa lesen di jalan raya Malaysia.

Walaupun Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyenaraikan hukuman bagi pemandu tanpa lesen, penguatkuasaan masih lemah, dengan ramai pesalah hanya dikenakan denda RM300 yang kecil dan tidak disenarai hitamkan dalam pangkalan data agensi penguatkuasaan.

Shahrim, yang juga merupakan bekas ahli lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), menekankan perlunya hukuman yang lebih ketat sebagai langkah pencegahan.

Susulan daripada itu, beliau mencadangkan denda minimum RM1,000 bagi mereka yang ditangkap memandu tanpa lesen, bersama dengan sesi pendengaran di mahkamah.

shahrim tamrin ‘seru’ penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap pemandu tanpa lesen di malaysia

Foto: Sinar Harian

“Tiada lagi denda RM300. Kereta atau motosikal mesti disita serta-merta sehingga sesi perbicaraan.

“Pemilik kenderaan mesti dikenakan denda minimum RM10,000,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shahrim turut menggesa pembaharuan terhadap Sistem Mata Demerit untuk Kesalahan Trafik (Kejara), yang menurutnya gagal mencegah pemandu yang berbahaya dan pesalah berulang.

Beliau mengenal pasti dua kumpulan utama pemandu tanpa lesen iaitu penunggang motosikal bawah umur dan orang dewasa, terutamanya di bandar kecil dan kawasan luar bandar, yang enggan mengambil ujian memandu.

Dengan memandu tanpa lesen semakin menjadi kebiasaan, Shahrim menekankan peningkatan yang membimbangkan dalam kemalangan dan kematian yang melibatkan pemandu dan penunggang motosikal tanpa lesen, dengan data terkini menunjukkan lonjakan dalam tuntutan insurans yang berkaitan.

shahrim tamrin ‘seru’ penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap pemandu tanpa lesen di malaysia

Foto: Astro Awani

Rentetan daripada itu, Shahrim turut mengkritik kelemahan undang-undang yang membenarkan individu tanpa lesen membeli kenderaan tanpa keperluan untuk lesen memandu.

“Di Malaysia, seseorang tidak memerlukan lesen memandu untuk membeli kereta atau motosikal.

“Ini bermakna seseorang yang tiada lesen boleh memiliki dan mengendalikan kenderaan selagi mereka tidak ditangkap,” katanya lagi.

Beliau turut menempelak sesetengah ibu bapa yang tidak memiliki lesen namun boleh bertindak membeli motosikal atau kereta dan membenarkan anak-anak mereka yang tidak memiliki lesen untuk menggunakannya, yang terus menerus memburukkan lagi masalah ini.

Keperluan terhadap tindakan segera semakin jelas apabila sebuah insiden tragis berlaku pada Jumaat lepas, di mana dua remaja, Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan Muhammad Aswari Lotpi, 16, meninggal dunia selepas sebuah Honda Jazz yang dipandu oleh seorang pemandu tanpa lesen, melanggar lampu merah dan merempuh dua motosikal. 

Kemalangan maut ini semakin menegaskan keperluan untuk pembaharuan segera dan penguatkuasaan yang lebih ketat bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban.

Oleh kerana itu, Shahrim menyeru kerajaan untuk melaksanakan dasar yang dapat mengatasi masalah ini dan memutuskan kitaran pemanduan tanpa lesen, demi memastikan jalan raya yang lebih selamat untuk semua rakyat Malaysia.

 

Sumber: New Straits Times

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us