Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Usaha Menyelamat Di Myanmar Menjadi Sukar Kerana Hujan Lebat

IDRUS, Husna Najwa
07 Apr 2025, 05:28 PM

usaha menyelamat di myanmar menjadi sukar kerana hujan lebat

Foto: AFP

 Hujan lebat di beberapa kawasan di Myanmar yang dilanda gempa bumi menyukarkan usaha menyelamat dan bantuan, serta meningkatkan risiko penularan wabak penyakit.

Petugas bantuan di Mandalay iaitu bandar yang paling teruk terjejas dan berhampiran pusat gempa semalam berkata, hujan serta angin kuat melanda kem penempatan sepanjang hari, menjejaskan mangsa bersama barangan mereka.

Hujan dijangka berterusan, suhu diramal mencecah 37 darjah Celcius.

"Cuaca sangat ekstrem," kata Tun Tun, pakar daripada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) kepada agensi berita AFP.

Agensi bantuan memberi amaran bahawa kombinasi hujan luar musim dan cuaca panas melampau boleh mencetuskan wabak penyakit termasuk kolera dalam kalangan mangsa gempa yang terpaksa tinggal di kawasan terbuka.

Gempa bumi 7.7 magnitud itu melanda sebahagian besar Myanmar menyebabkan kerosakan besar di enam wilayah termasuk ibu negara, Naypyidaw.

Ia memutuskan bekalan elektrik, talian telefon dan rangkaian mudah alih di banyak kawasan serta merosakkan jalan raya serta jambatan menjadikan skala kerosakan sukar untuk dinilai.

Kerosakan paling teruk direkodkan di bandar Sagaing dan Mandalay, bandar kedua terbesar negara itu.

Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Tom Fletcher yang berada di Mandalay menyifatkan skala kerosakan sebagai 'epik' dan menyatakan bahawa mangsa yang trauma dan ketakutan, terdesak memerlukan makanan air, tempat perlindungan serta elektrik.

Negara jiran seperti China, India dan negara ASEAN sudah menghantar bantuan dan penyelamat sepanjang minggu lalu.

Di Thailand, pihak berkuasa melaporkan bahawa 24 individu terkorban akibat gempa termasuk 17 kematian di tapak pembinaan bangunan pencakar langit di Bangkok, manakala 77 orang lagi masih hilang.

Situasi di Myanmar kini menjadi perhatian global, bukan hanya kerana bencana alamnya, tetapi kerana memperlihatkan krisis kemanusiaan yang semakin rumit di tengah-tengah ketidakstabilan politik dan sekatan bantuan.

Media tempatan melaporkan gempa bumi 28 Mac lalu menyebabkan kematian 3,471 orang setakat Sabtu, mencederakan 4,671 orang dan 214 hilang di Myanmar.

Ia juga menyebabkan kemusnahan 5,223 bangunan, 1,824 sekolah, 4,817 pagoda dan kuil, 167 hospital dan klinik, 169 jambatan, 198 empangan dan 184 seksyen lebuh raya utama.

Sumber: AFP

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us