Selepas mencatatkan 43 kes positif, daerah Hulu Selangor kini menjadi kawasan zon merah COVID-19 terbaru.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), perkara tersebut diumumkan menerusi akaun Twitter KKM yang menyatakan bahawa jumlah zon merah di Malaysia kini bertambah kepada 25.
Hulu Selangor merupakan zon merah keenam selepas Hulu Langat, Petaling, Klang, Gombak dan Sepang.
Setakat Jumaat, Selangor telah mencatatkan 1,066 kes COVID-19 iaitu Hulu Langat sebanyak 357 kes, Petaling (310), Klang (133), Gombak (113), Sepang (49), Hulu Selangor (40), Kuala Selangor (27), Kuala Langat (24) dan Sabak Bernam (13).
Selangor mencatatkan lapan kematian akibat pandemik COVID-19 setakat ini.
Salah satu kawasan di Selangor iaitu Sungai Lui dalam daerah Hulu Langat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) sejak 30 Mac lalu akibat kes positif COVID-19 yang tinggi.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.