Baru-baru ini, kakak kepada pemandu bas dikenali sebagai ‘Abang Bas’ memaklumkan perkongsian tentang ibu mereka yang sedang menanggung rasa rindu terhadap anaknya.

Malah, dia berkelakuan begitu setelah beberapa hari tidak dapat bergurau senda dengan anak lelakinya itu.
“Emak rindu ‘Abang Bas’, beberapa hari ini tak ada dah Abang Bas nak gomol-gomol emak, baring dalam bilik emak sembang-sembang sambil selongkar bilik emak,” katanya.
Zarina juga menyifatkan ‘Abang Bas’ sebagai seorang pak cik yang penyayang serta paling disayangi oleh anak-anak saudara.
“Abang Bas pak cik terpaling sayang anak-anak buah dia. Dari anak buah yang sulung sekarang dah meningkat remaja 19 tahun pun masih boleh bergurau, berkejar satu rumah, inikan pula empat tahun.
“Ya Allah, engkau ampunilah khilaf Abang Bas, engkau angkatlah dosa-dosanya dan permudahkan urusannya menghadapi ujianmu,” jelasnya.
Mereka tahu biarpun ramai individu melemparkan kata-kata hinaan terhadap adiknya, namun dia berharap agar pemuda itu tetap istimewa disisi Allah SWT.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.