Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Kutip Sayur Tepi Jalan Mengisi Perut Kosong, Ini Rutin Harian Ibu Anak Yang Terpaksa Diharungi

Kehidupan yang terpaksa diharungi dua beranak kerana kesempitan hidup dan wang.
nura
25 Jun 2021, 12:26 PM

Di saat pandemik ini ramai orang diuji dengan kekangan hidup lebih lagi dari segi kewangan kerana kehilangan pekerjaan. Itu yang dihadapi seorang ibu tunggal sejak dua tahun lalu yang kehilangan pekerjaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dengan hanya berbekalkan bubur nasi sehari sekali dan mengutip sayur-sayuran di tepi jalan demi mengisi perut kosong, itulah rutin harian R Suganthi, 53 dan anak perempuannya, M Lalithambiga, 33, ketika ini.

kutip sayur tepi jalan mengisi perut kosong, ini rutian harian ibu anak yang terpaksa diharungi

Keadaan ini terpaksa diharungi oleh Suganthi dan anak perempuannya disebabkan kesempitan hidup dan wang.

Sebelum ini, Suganthi pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kolej swasta. Dia berkata disebabkan kekangan kewangan, dia tidak mempunyai wang bagi membeli keperluan dapur, dia hanya mengutip tumbuhan yang boleh dijadikan sayur di tepi-tepi jalan sekitar rumah.

"Selagi boleh bertahan, saya akan bertahan... sebenarnya saya tidak kisah kalau saya tak makan, tetapi bila mengenangkan keadaan anak yang sakit tidak makan, hati saya sedih, rasa seperti ibu yang tidak berguna," katanya.

kutip sayur tepi jalan mengisi perut kosong, ini rutian harian ibu anak yang terpaksa diharungi

Pada tahun 2011, anaknya pernah terlibat dalam satu kemalangan yang mengakibatkan kehilangan ingatan dan memberi kesan sampingan terhadap kesihatannya sehingga tidak mampu untuk bekerja.

Kata Suganthi, dia berharap ada pihak sudi tampil membantu terutama menyediakan rumah sewa untuk dia dan anaknya tinggal lebih selesa.

"Selepas diminta keluar dari rumah sewa dulu, saya tinggal di rumah rakan, kebetulan rumah itu mahu dijual tetapi belum ada pembeli, jadi saya tinggal di sana.

"Selepas itu, rakan saya tawarkan duduk di salah satu rumahnya di Ipoh, sudah enam bulan kami tinggal menumpang di sini, selepas ini tidak tahu ke mana pula arah hidup kami," katanya.

kutip sayur tepi jalan mengisi perut kosong, ini rutian harian ibu anak yang terpaksa diharungi

Keperitan hidup keluarga berkenaan mendapat perhatian Yayasan Era Suria (YES) dan Srikandi Perak yang hadir menyampaikan bantuan kewangan dan barangan keperluan dapur.

Pengerusi YES Perak, Nor Raidah Awang berkata, keluarga itu telah menghubungi pihak yayasan pada Rabu memaklumkan bahawa mereka telah terputus bekalan makanan.

"Kami mengambil inisiatif menyediakan barangan seperti beras, sardin, gula, tepung, roti dan mihun bagi memastikan mereka dapat makan," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }