Ibu bapa Allahyarham Zulfarhan Osman mendedahkan tiada seorang pesalah yang menyebabkan kematian anak mereka datang untuk meminta maaf sejak kejadian tersebut.

Menurut perkongsian bapa Zulfarhan, Zulkarnain Idros dan Ibu, Hawa Osman dalam temu bual di radio ERA, hanya Orang Kena Tuduh (OKT) yang dikenakan hukuman di bawah Akta 330 yang dibebaskan tanpa perlu bela diri sahaja tampil meminta maaf.
Malah, mereka juga mengakui beberapa kali bertembung dengan ibu bapa pesalah di mahkamah tetapi tiada permohonan maaf dibuat pihak pelaku.
“Selama tujuh tahun naik turun Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan… bertembung, kadang-kadang sampai berlaga bahu, tapi tidak ada,” ujarnya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.