
Seorang ibu di China mendapat kecaman Netizen selepas insiden dia membiarkan anaknya membuang air di dalam sebuah mangkuk makanan di dalam sebuah restoran. Permintaan anaknya untuk meminta ibunya menemani ke tandas tidak dilayan oleh ibu tersebut malah dia leka bermain smartphone miliknya.
Dari laporan Shanghaiist, pengunjung yang berada di dalam restoran tersebut berasa jijik dengan tindakan kanak-kanak itu malah pengunjung cuba menegur wanita itu tetapi si ibu langsung tidak memperdulikan teguran tersebut.
Ibu itu dengan bersahaja mengatakan pihak restoran akan membersihkan mangkuk tersebut.
Seorang pekerja restoran tersebut berkata ini adalah kali pertama dia melihat kejadian menjijikkan berlaku di depan matanya selepas 10 tahun berkhidmat di restoran tersebut.
Pekerja restora itu juga sangat berang dengan insiden itu dan menyifatkan insiden tersebut sebagai bodoh dan tidak masuk akal kerana restoran tersebut telah menyediakan kemudahan tandas untuk pelanggan mereka.
Tambah pekerja itu, mangkuk tersebut sudah dibuang dan pelanggan tidak perlu khuatir dengan kebersihan restoran tersebut.
Sumber dari Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.