Sejak perkahwinan Elfira Loy pada Februari lepas, ramai yang membuat spekulasi bahawa semua itu adalah aturan dan kehendak ibunya. Disebabkan andaian itu, Ibu kepada pelakon itu dilabel sebagai seorang Ibu yang suka mengongkong anaknya.
Tiap Ibubapa mempunyai cara yang berbeza dalam penjagaan anak, ini adalah cara Filzah Yusoff, ibu kepada Elfira Loy, membesarkan anaknya dengan mengawal atau mengongkong. Berikut adalah kenyataan yang dipetik dari temu bual Filzah dalam satu rancangan televisi
“Orang nampak saya kongkong tapi kadang-kadang saya dapat tahu daripada kawan sendiri yang mengatakan you beruntung sebab mendapat anak yang mendengar cakap. Kadangkala kita tak sedar yang kita letak expectation terlalu tinggi. Bila kita merajuk pun, kita kena beritahu.”
Elfira mengakui sangat suka jika ibunya marah meskipun kadangkala dia merasakan seperti tidak selesa. Hal ini kerana lama-kelamaan dia sendiri akan tersedar bahawa apa yang dilakukannya sehingga dimarahi oleh ibu itu sebenarnya satu kesalahan.
"Pengorbanan ibu itu sangat besar. Bila nak jadi seorang ibu ini, apa ibadah yang dia buat bukan untuk diri sendiri tapi untuk anak-anak. Sebab saya tahu bila dia dah tiada nanti, kita pula nak buat benda tu."
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.