Pemergian Allahyarhamah Nike Ardilla meninggalkan kesan yang tidak terkata kepada peminatnya. Sehingga kini, ramai masih mengenangkan legasi beliau. Setiap tahun, berjuta-juta peminat memperingati pemergian beliau dengan melawat kuburnya dan Muzium Nike Ardilla, yang telah dibina sebagai peringatan.
Allahyarhamah Nike Ardilla meninggal dunia pada 19 Mac 1995 akibat kemalangan jalan raya. Beliau dalam perjalanan pulang daripada sebuah mesyuarat, sedang memandu kereta. Namun, beliau hilang kawalan dan melanggar pagar dinding di Martadinata, Bandung. Allahyarhamah Nike Ardilla maut dan mengalami cedera parah. Beliau baru berusia 19 tahun ketika itu dan meninggal pada usia yang muda.
Walaupun sudah 26 tahun pemergian Nike Ardilla, ikon Rock Indonesia zaman 80-an namun kasih sayang seorang ibu tidak akan pernah pudar meskipun ajal telah memisahkan mereka.
Selepas kehilangan anak gadisnya yang meninggal dunia pada usia 19 tahun, Nining Nigsihrat tidak dapat menahan sebak apabila bertemu dengan seorang gadis mirip arwah lebih dua dekad kemudian.
Menurut laporan Kompas, ibu kepada ‘ratu lagenda rock’ Indonesia dilihat beberapa kali mengesat air matanya sambil menggenggam tangan gadis bernama Amel yang mirip arwah.
Dalam beberapa video rakaman pertemuan ibu Nike dengan Amel, gadis yang mirip wajah Nike Ardilla itu dilihat menyuap warga emas itu yang sedang duduk di atas kerusi roda. Dia turut melayani ibu tua itu seperti seorang anak dengan memeluk dan mengelap air matanya.
Pertemuan Siti Aisyah Mardhiya Amalia (Amel) dengan wanita itu berlaku selepas gambar gadis itu ber’posing’ di tepi jalan menjadi tular di media sosial.
Menurut laporan Tribunnews Maker, seorang jurugambar mendekati gadis itu untuk dijadikan subjek atau model bagi fotografi bertemakan jalanan.
Selepas berjalan di stesen MRT Dukuh Atas, lelaki berkenaan telah bertemu Amel bersama kakaknya yang sedang duduk sebelum mendekati mereka.
“Awalnya saya tawarkan kepada si kakak untuk mengambil gambar. Cuma dia tawarkan untuk mengambil gambar adiknya,” kata Taufik Akbar, jurugambar yang mengambil foto gadis tersebut.
Sebaik sahaja Amel membuka topeng muka dipakainya, jelas Taufik, dia berasa terkejut melihat wajah gadis berkenaan.
“Wah, cik mirip Nike Ardilla,” ujarnya.
Biarpun pada awalnya Amel menolak untuk dijadikan model, dia akhirnya bersetuju selepas dipujuk si kakak.
Saat pertemuan Taufik dengan gadis itu telah dikongsikan di media sosial dan mendapat perhatian para pengikutnya.
Sumber: Kompas / Tribunnews Maker
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.