Jika diingat kembali, ketika kita memasuki tadika atau sekolah rendah, soalan-soalan matematik yang diberikan mungkin mudah jika kita cuba selesaikannya sekarang.
Namun, sebaliknya berlaku kepada seorang ibu yang pening memikirkan jawapan kepada soalan matematik anaknya yang baru berusia 6 tahun.
Soalan yang diberikan adalah 4 kotak dengan nombor 4 pada kotak pertama dan nombor 18 pada kotak terakhir.

Soalan berbunyi, “Dalam tiga bekas, jumlah paling sedikit diisi tapak sulaiman adalah 4. Paling banyak tapak sulaiman pula 18, Berapa bilangan untuk bekas ditengah? Berikan dua kemungkinan jawapan,”

Foto yang tular dilaman sosial itu nyata mengundang pelbagai reaksi orang ramai, hingga ada yang mempersoalkan tahap berfikir kanak-kanak masa kini.
“Kenapa matematik tidak semudah tambah, tolak, darab dan bahagi?”, tulis salah satu komen pada gambar tersebut.
Namun ada yang menerangkan, soalan itu tidaklah sesukar mana kerana soalan berkenaan tidak spesifik kepada nombor tertentu, ia boleh jadi kombinasi mana-mana dua nombor yang lebih besar dari 4 dan tidak lebih dari 18.

Soalan seperti ini berfungsi mengasah kemahiran berfikir logik kanak-kanak dan tidak terhad kepada teori semata-mata.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.