Seorang ibu sebak apabila lihat lukisan terakhir nukilan anaknya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Menurut perkongsiannya Wunny Amir di laman Facebook, dia memuat naik gambar hasil lukisan memaparkan seolah-olah anaknya sedang memakai kain kafan.

Anaknya yang dikenali sebagai Aydan Hadiff yang meninggal dunia telah meninggalkan juga rasa kerinduan dalam diri sebagai ibu bapa.
Kematian kanak-kanak tersebut disebabkan satu kemalangan melibatkan mereka sekeluarga ketika hendak pergi menunaikan solat tarawih di masjid.
Wunny berkongsi gambar lukisan anaknya itu yang melihatkan dengan nada gembira terukir di wajah lukisan tersebut.
“Mama, tengok ni Aydan lukis. Aydan lukis mama, ayah dengan Aydan. Ni Aydan tengan tidur,” kata kanak-kanak tersebut berdasarkan perbualan dikongsikan Wunny.
Wanita itu turut memuji lukisan itu ‘comel’ selain bertanyakan Aydan Hadiff sedang tidur di lukisan tersebut, sebaliknya dia dan suami tidak tidur.
“Aydan tidur dulu, nanti mama dengan ayah tidurlah,” ujar kanak-kanak tersebut dan wanita itu bertanya lagi kedudukan Aydan Hadiff yang terlalu jauh serta bukan berada di tengah mereka.
Namun, kanak-kanak tersebut hanya ketawa dan Wunny turut mempersoalkan lukisan tersebut yang menunjukkan Aydan Hadiff tidak mempunyai kaki dan tangan.
“Mama ini yang macam bayi pakai tu mama. Aydan jadi bayi balik,” kata kanak-kanak itu sambil dinyatakan ibunya iaitu bedung.
“Allahu rupanya bukan kain bedung, tapi kain kafan. Satu lagi gambar Aydan lukis lebih besar, ‘sebiji’ dengan pakaian terakhir Aydan siap berkopiah putih,” kata wanita tersebut.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.