Pilihan nama bagi seorang bayi yang baru lahir adalah penting, ada ibu bapa yang akan pilih nama yang senang untuk diingati, ada yang akan pilih nama yang unik. Tapi, ada kala pemilihan nama bayi bukanlah keputusan ibu bapa.
Seperti seorang bayi lelaki di Filipina yang diberikan nama Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghyl Mampuan Buscato. Nama yang mempunyai ejaan sukar itu diberi oleh datuk bayi berkenaan itu sendiri, Raugyl Ferolin Estrera yang berasal dari Carmen, Cotabato.
Bahkan, proses mencetak sijil kelahiran itu terpaksa dilakukan beberapa kali kerana pegawai yang melakukan proses pencetakan sering melakukan kesalahan dalam ejaan namanya.
Namun, bagi memudahkan setiap orang, Estrera turut memberikan nama panggilan kepada cucunya sebagai ‘Konsonan’.
Menurut laporan, Estrera menjelaskan bahawa pemilihan nama cucunya iaitu ‘Ghlynnyl Hylhyr Yzzyghyl’ dibentuk dengan menggabungkan beberapa huruf daripada namanya dan juga nama ayah, ibu, dan nenek kepada bayi itu.
Sumber: India.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.