Anda pernah tak mengalami masalah ini? Selalu terjaga pada waktu malam disebabkan badan berpeluh walaupun cuaca sejuk.
Selalunya kita akan bersangka baik dan berkata mungkin penghawa dingin atau cuaca tak cukup sejuk sebab itu badan berpeluh.
Tetapi ternyata, ini sebenarnya menandakan kita sedang mengalami hiperhidrosis ketika tidur dan bukannya disebabkan oleh faktor sekeliling seperti panas dan sebagainya.
Ia berlaku disebabkan oleh fluktuasi hormon dalam tubuh atau kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan dan ia memberi kesan kepada tidur seseorang.
1. Menopause
via GIPHY
Bagi wanita lanjut usia yang mengalami masalah itu, ia mungkin disebabkan berlaku perubahan hormon ketika proses menopause dan menurut kajian lebih 80 peratus wanita mengalami peluh ketika proses tamat haid.
Secara dasarnya, penurunan hormon estrogen yang terjadi membuatkan seseorang berpeluh apabila badan berusaha untuk mengatur suhu badan.
Jika perkara ini berlaku, sebaik-baiknya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat selain ubat-ubatan bagi menggantikan estrogen dalam badan.
2. Badan melawan jangkitan kuman, bakteria
via GIPHY
Sementara itu, jika badan kita terkena jangkitan kuman atau bakteria, badan kita akan menaikkan suhu badan untuk melawan jangkitan yang menyebabkan demam.
Peningkatan suhu badan ini juga menyebabkan berpeluh sehingga membuatkan seseorang berasa tidak selesa.
3. Kemurungan
via GIPHY
Tidak hanya itu, individu yang mengalami masalah kemurungan dan mengambil ubat-ubatan seperti antidepresan boleh menyebabkan berpeluh ketika waktu malam.
4. Diabetes
via GIPHY
Bagi pesakit diabetes yang mengambil ubat seperti Metformin atau insulin akan mengalami masalah berpeluh di waktu malam kesan daripada ubat.
Tetapi ia juga boleh disebabkan faktor kekurangan gula dalam tubuh dan menyebabkan berpeluh-peluh selain menggeletar atau dalam kes buruk, pengsan.
Jika anda mengambil ubat-ubatan menyebabkan berpeluh, adalah disarankan untuk tidur memakai pakaian nipis atau memastikan bilik sentiasa sejuk atau mempunyai pengaliran udara yang bagus.
Sumber: mStar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.