Pagi ahad yang barakah ini, abang nak kongsi pada kalian khususnya pada anak dara dan anak teruna di luar sana cara asas menyiang ikan keli dan teknik membuang objek (darah beku) hanyir dalamannya.
Buat yang gemar makan ikan air tawar seperti keli, patin, dan keturunannya , pasti mahu rasanya yang tidak hanyir dan berbau ketika masak dan makan.
Sebenarnya di dalam perut ikan-ikan seperti ini ada objek utama yang menjadi punya hanyir seekor ikan itu jika tidak dibuang. Engkau buatlah macam mana pun, kalau tidak buang bendalah ini, ia tetap hanyir, percayalah.
Jadi, kalian boleh tengok cara-cara menyiang ikan keli ini pada gambar dibawah. Tetapi ingat, jangan engkau cari bendalah hanyir tu dalam ikan yang tidak ada kena mengena seperti ikan Nun, mahu sebesar rumah bendalah hanyir tu. Kahkahkah.
Jika ia bermanfaat, mohon share sebanyak mungkin di facebook anda. Terima kasih.
Aris Farhan,
Pengasas Hamka Freshmart.
Ikan keli yang diambil dari peti ais. Rendam dulu dalam air. Kalau yang masih hidup, cara mematikannya engkau boleh search di youtube, ada seorang ustaz dari seberang ada mengajarkan kaedah terbaik mematikan tanpa menyeksa ikan ini.
Gunting muncung ikan ini untuk buang sesungut dan mulutnya. Tapi, kalau kalian nak masak sekali sesungut ini, itu hak kalian. Hahaha.
Belah perut ikan secara menegak dari garisan bawah mulut ikan keli ini sampai ke titik tengah (pusat). Kalau kalian nak mula dari titik tengah ke mulut pun boleh. Ikut keselesaan.
Kemudian, buang segala organ dalaman ikan ini sebersih mungkin. Ingat, sediakan bekas nak kumpul organ ni. Jangan engkau masuk dalam sinki pula, tersumbat pula nanti.
Ha ini kaedah nak buang objek hanyir tu, engkau tekan belakang ini gunakan jari telunjuk. Sebab nak mudah keluarkan bendalah tu.
Plup! Maka terkeluarlah objek darah beku hanyir tersebut. Ada dua ya, sebelah kiri dan kanan. Maka buanglah ia. Kalau kau nak bau dulu pun boleh. Hahaha.
Ha ini bendanya, selalu berwarna hitam pekat atau keemasan. Ikut jenis ikan tersebut. Bau memang hanyir.
Dah dapat sila buang jauh-jauh. Jangan engkau buat batu cincin pula ya. Haha.
9. Akhirnya, baru bersih lagi suci ikan kita. Sudah boleh masak berlada ke, bakar salai ke, atau goreng kunyit sahaja. Selamat mencuba!
Sumber dari Facebook Aris Farhan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.