
Kali ni kami nak nak kongsi dengan anda cara-cara mudah untuk menghasilkan sendiri ikan tenggiri jeruk di rumah. Malah dijamin bersih, serta menjimatkan.
Bahan-bahan:
1. Ikan tengiri - dibersihkan dan dipotong
2. Cuka makan
3. Garam Kasar
4. Asam keping
5. Minyak masak
Cara-cara:

1. Bersihkan ikan tenggiri. Kemudian keringkan dibawah cahaya panas terik selama 2 jam.
2. Ambil ikan, celupkan dalam bekas berisi cuka. Kemudian letak dalam bekas. Susun jadikan satu lapisan.
3. Taburkan garam kasar di atas ikan sehingga rata. Selitkan kepingan asam keping.
4. Kemudian celup ikan ke dalam cuka dan susun menjadi lapisan yang kedua diikuti taburan garam dan asam keping. Ulang langkah sehingga habis.
5. Tutup penutup bekas berisi ikan dan balut dengan kain berwarna gelap. Simpan pada suhu bilik selama seminggu.
6. Setelah cukup 7 hari, keluarkan ikan dari bekas dan buang airnya.

7. Letak ikan dalam bekas bersih dan tuangkan minyak masak. dah siap!

8. Sedia dinikmati mengikuti cita rasa masing-masing.
Sumber dari Siakap Keli dan Facebook Suri Abdullah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.