Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Ikhwan Fatanna Luah Syukur Dalam Lagu Baharu "Hadiah Tuhan"

ROSTAM, Mohamad Firdaus
07 Aug 2025, 03:35 PM

ikhwan fatanna luah syukur dalam lagu baharu hadiah tuhanFoto: SRC

Ikhwan Fatanna, nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air, kembali mencuri perhatian peminat dengan pelancaran single terbaharunya berjudul "Hadiah Tuhan". Dikenali sebagai komposer, penulis lirik dan juga penyanyi berbakat besar, beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai juri dalam sebuah program nyanyian terbitan stesen televisyen tempatan, memperkukuh lagi kedudukannya sebagai figura berpengaruh dalam bidang seni.

Bintang Ikhwan terus bersinar selepas kejayaan besar menerusi Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39) apabila lagu ciptaannya, "Hening Rindu" dendangan Marsha Milan, dinobatkan sebagai juara. Bahkan sebelum itu, beliau tidak lagi menoleh ke belakang apabila terus menghasilkan karya untuk barisan penyanyi ternama seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Haqiem Rusli, Ernie Zakri, Hafiz Suip dan ramai lagi.

Selain kehebatan dalam menghasilkan lagu-lagu hits, Ikhwan Fatanna juga terkenal dengan sentuhan kreatifnya dalam menghasilkan karya berunsur kerohanian dan mesej positif, antaranya lagu "Bismillah", yang dinyanyikan oleh beliau sendiri dan telah mendapat sambutan hangat daripada peminat pelbagai lapisan masyarakat.

Lagu Istimewa Buat Isteri Tercinta

Single terbaharu beliau, “Hadiah Tuhan", merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Ikhwan sendiri, daripada lirik sehinggalah kepada melodi. Lagu ini dilahirkan daripada ilham yang tercetus ketika beliau sedang menikmati saat indah berbulan madu bersama isteri tersayang, yang kini menjadi sumber kekuatan dan inspirasi dalam hidupnya.

Menurut Ikhwan, karya ini adalah ungkapan syukur dan penghargaan kepada Allah SWT atas kurniaan seorang isteri yang menjadi pelengkap sempurna dalam kehidupannya. Beliau mengakui bahawa kehidupan kini lebih bermakna dengan kehadiran keluarga dan kerjaya yang semakin berkembang.

“Saya sangat bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini – sebuah keluarga yang bahagia, isteri yang memahami, anak-anak yang menceriakan, serta penerimaan masyarakat terhadap karya-karya saya dalam industri seni.

“Saya berharap agar orang ramai terus menyokong karya saya, tidak kira bila dan bagaimana,” ujar beliau penuh rendah hati.

Kerjasama Pertama bersama Suria Records

Sebelum ini, Ikhwan telah berkolaborasi dengan beberapa artis di bawah naungan Suria Records melalui lagu "Abadi" bersama kumpulan Xpose, dan "Selawat Nuril Anwar" bersama Xpose dan Amad Fadlin. Kini, "Hadiah Tuhan" menandakan single solo pertama Ikhwan Fatanna sebagai artis rasmi di bawah Suria Records, memperkukuh lagi jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Lagu "Hadiah Tuhan" boleh dinikmati menerusi platform digital seperti Apple Music, Deezer, YouTube Music, Spotify, serta boleh dimuat turun melalui iTunes. Selain itu, para peminat juga boleh mendengarkan lagu ini di pelbagai saluran radio tempatan pilihan.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us