Seorang pelajar lelaki di Filipina pernah tular sebelum ini apabila mempunyai nama Drink Water.
Malah, dia juga sering diejek oleh rakan-rakan seusianya akibat nama yang diberikan keluarganya.

Namun, Drink Water berbangga apabila muncul sebagai model untuk iklan sebuah jenama minuman.
Drink Water Rivera mula menjadi perhatian ramai apabila rakan-rakannya memuat naik gambar kad pelajar menunjukkan nama sebenarnya beserta keterangan bertulis: “Nama terbaik di Filipina.”
Dia yang juga pelajar jurusan komunikasi di Universiti Far Eastern itu bersyukur menyukai namanya kerana ia membuatkan dirinya menjadi perhatian ramai.
“Saya amat menyukai nama saya kerana seperti yang dipelajari dalam kelas pengiklanan, ini adalah ‘jenama’ saya.
“Satu daripada ciri pengiklanan yang baik adalah penjenamaan yang bagus kerana ia memberi impak. Jadi, bagi saya, sama seperti nama saya di mana orang ramai berasa kagum dengan nama ini,” katanya.
Tambahnya, ketika ibunya mahu melahirkan dia di hospital, wanita itu tidak dapat bernafas sehinggalah dia meminum air (drink water).
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.