Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Individu Hina Islam Didakwa Sekali Lagi, Tukar Pengakuan Tidak Bersalah

Apa hukuman bakal menanti?
Izwan
18 Apr 2024, 04:20 PM

Seorang individu sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook miliknya, Mac lalu.

individu hina islam didakwa sekali lagi, tukar pengakuan tidak bersalah

Namun, Chiok Wai Loong mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan semula jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya melalui Facebook menggunakan nama profil 'Chiok Wai Loong' dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 18 Mac lalu.

Pendakwaan mengikut Perenggan 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM 50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak membuat hantaran berhubung kes ini sehingga perbicaraan selesai," katanya.

Namun, peguam yang mewakili Chiok, Latheefa Koya memohon jaminan tidak lebih RM4,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Siti Aminah kemudian membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin tanpa sebarang syarat tambahan dan menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Ketika prosiding semakan pengakuan salah tertuduh pagi tadi, Mahkamah Tinggi di sini membatalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussain yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap lelaki itu selepas mengaku bersalah membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah.

Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan difailkan Chiok supaya pengakuan salah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan sebelum ini adalah bukan akuan jelas, tanpa bersyarat dan tidak boleh diterima.

Sumber: Harian Metro / Bernama
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us