Wajah yang kelihatan sihat dan halus pastinya jadi impian semua orang, lagi-lagi perempuan. Namun peningkatan usia serta faktor lain mampu mambuatkan kulit wajah nampak kering dan kusam.
Selain memilih produk rawatan kulit wajah yang sedia ada dijual dikedai-kedai, kamu juga boleh guna kaedah buah dan sayur sebagai ejen rawatan kulit wajah. Jika dilakukan secara rutin, wajah akan lebih bersih, halus, dan sihat.
Tomato

Sumber : Foodnetwork
Sayur yang biasanya dijadikan salad ini ternyata memiliki segudang manfaat untuk kulit wajah.
Caranya, hancurkan tomato sehingga lumat lalu campur dengan sedikit air lemon dan lulurkan
Pada wajah anda. Biarkan selama 20 minit dan bilas sehingga bersih. Ia mampu mengecilkan pori-pori dan membuat wajah jadi lebih cerah.
Betik
Sumber : milkandeggs
Betik mempunyai Vitamin A serta serat yang tinggi. Ia sangat baik sebagai ejen anti-oksida pada kulit wajah. Penggunaan betik sebagai “face mask” mampu membuat kulit menjadi anjal. Potong halus betik dan letak pada wajah.
Stroberi
Sumber : bonjourblue
Stroberi dikenali sebagai buah yang mengandungi nilai anti-oksida yang tinggi. Ia berfungsi untuk mencegah pembentukan melanin dan mengurangi kelebihan minyak padah wahag sehingga bagus untuk mereka yang bermasalah dengan kulit berjerawat. Campurkan Stroberi yang sudah dihancurkan dengan Yoghurt dan sapu pada wajah anda lepas tu bilas.
Pisang
Sumber : projectnuresery
Kandungan Vitamin B, B6 serta magnesium dan kalsium dalam dalam pisang mampu mlembapkan wajah dan juga meningkatkan kekenyalan kulit. Hancurkan satu buah pisang dan campurkan dengan sedikit madu dan lulurkan pada wajah, lepas tu macam biasalah, bilas bersih.
Lobak
Sumber : sownogmo
Lobak bukan hanya baik untuk mata, ia juga mampu dalam menganjalkan kulit wajah. Ini kerana kandungan betakaroten yang sangat tinggi dapat memproses keremajaan kulit. Caranya, ambil tiga sudu jus lobal tanpa gula dan campurkan dengan sedikit madu. Gunakan sebagai pencuci wajah harian anda untuk dapatkan hasil yang maksima.
Alpukat

Sumber : tasteforlife
Lemak sihat yang tinggi dalam buah alpukat ini mampu melindungi kulit dengan cara menjaga kelembapan pada lapisan epidermis. Haluskan buah Alpukat lalu campur dengan minyak zaitun. Lulurkan pada seluruh wajah dan leher dan biarkan selama 15minit. Lepas tu bilas.
Selamat mencuba!
Sumber : popbela
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.