Musim hujan sejak dua menjak ini sering menyebabkan kilat dan guruh juga kedengaran sama dilangit. Ada yang menganggap ia normal, tetapi ada yang sangat takut pada guruh dan kilat.
Jika seseorang itu mengalami masalah terlalu takut pada petir dan guruh, anda dikenali sebagai astraphobia.
Astraphonia adalah rasa takut yang ekstrim pada petir dan kilat. Rasa takut pada petir dan kilat ini terjadi pada semua orang dari segala usia. Malah, haiwan juga ada yang mempunyai rasa takut ini.
Selain astraphobia, nama lain bagi mereka yang takut kepada kilat dan guruh ialah tonitrophobia, brontophobia, atau keraunophobia.
Mereka yang mempunyai rasa takut ini akan mengalami rasa cemas, takut berlebihan, dan juga berdebar-debar. Punca kepada astraphobia adalah mungkin kerana trauma yang pernah dialami dirinya atau terlihat seseorang yang pernah cedera akibat daripada panahan kilat dan petir.
Sumber: Hellosehat
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.