Sekurang-kurangnya tiga mangsa ditemui mati dan lebih 100 yang lain belum ditemukan dalam insiden tanah runtuh dan banjir lumpur di Atami, Jepun.
Mangsa terbaharu, seorang wanita yang tidak dinyatakan usianya yang ditemui dan disahkan meninggal dunia.
Ini menjadikan jumlah korban terbaharu seramai tiga orang dengan 113 yang lain masih hilang.
Seramai 19 mangsa diselamatkan pada Ahad.
Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan beberapa hari sebelumnya.
Ia menyebabkan tanah runtuh dan banjir lumpur yang memusnahkan kira-kira 130 bangunan termasuk kediaman.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.