Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Kakak Saya Baik, Dia Layak Dapat Lelaki Yang Sama Baik” – Irfan Haris

ROSTAM, Mohamad Firdaus
08 May 2025, 02:34 PM

“kakak saya baik, dia layak dapat lelaki yang sama baik” – irfan harisFoto: Instagram

Penyanyi muda dan berbakat, Irfan Haris, baru-baru ini meraih perhatian ramai apabila meluahkan harapan ikhlas terhadap masa depan kakaknya yang juga penyanyi popular, Amira Othman.

Dalam sebuah siaran langsung di TikTok, Irfan yang kini berusia 18 tahun berkongsi rasa sayangnya terhadap Amira yang dianggap bukan sekadar kakak, tetapi juga teman rapat dan penyokong utama dalam hidupnya.

Irfan berkata, walaupun suatu hari nanti dia perlu menerima hakikat Amira akan berkahwin dan memulakan hidup baharu bersama pasangan, dia tetap berharap agar kakaknya dipertemukan jodoh dengan lelaki yang benar-benar baik, penyayang, dan tahu menghargai.

Tambahnya, Amira adalah seorang wanita yang sangat baik, penyabar dan kuat semangat, justeru dia yakin kakaknya layak mendapatkan pasangan yang memiliki kualiti yang sama.

“Saya harap siapa saja yang akan jadi suami kakak saya nanti, boleh jaga dia betul-betul. Kakak saya baik orangnya, dia layak dapat lelaki yang baik juga,” katanya sambil menahan emosi dalam sesi live tersebut.

Luahan jujur Irfan itu mendapat sambutan positif daripada netizen, ramai yang tersentuh dengan keakrabannya bersama Amira dan menyokong kenyataannya. Malah, ruangan komen dibanjiri dengan doa-doa agar Amira bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan mampu membahagiakannya.

Dalam pada itu, terdapat juga spekulasi yang kembali bertebaran susulan kenyataan Irfan, apabila netizen mengaitkan Amira dengan pelakon popular, Fattah Amin. Mereka dikatakan mempunyai hubungan yang akrab selepas kerap bekerjasama dalam beberapa kempen dan projek bersama. Walaupun tiada pengesahan rasmi, ada yang mendakwa pasangan ini sedang merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Pengurus kepada Fattah, dikenali sebagai Aca, ketika dihubungi media, mengambil pendekatan bersahaja dan tidak mengulas lanjut. Beliau hanya menyatakan agar orang ramai terus mendoakan yang terbaik untuk kedua-duanya.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Amira mahupun Fattah mengenai status hubungan mereka.

Namun, jelas sekali perhatian terhadap kehidupan peribadi Amira semakin meningkat, terutamanya selepas sokongan terbuka yang ditunjukkan oleh adiknya sendiri.

Sumber: HibGlam

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us