Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian di YouTube dari Amerika Syarikat, IShowSpeed kini berada di Malaysia sempena siri jelajah sulungnya ke Asia Tenggara.

Pemilik nama sebenar Darren Jason Watkins Jr. sebelum itu telah berkunjung ke Vietnam, Kemboja serta Thailand dan kemudiannya meneruskan perjalanannya ke negara ini.
Dia dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.
Sementara itu, Speed yang sedang melakukan penstriman langsung di akaun YouTube mliliknya sebentar tadi dilihat menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia.
Pelbagai aktiviti yang Speed telah lakukan sepanjang hampir 5 jam penstriman berlangsung di sekitar Kuala Lumpur, Malaysia.
Apa yang menarik perhatian rakyat Malaysia apabila dia mencuba burger Ramly kegemaran masyarakat setempat.
“Tidak terkata, memang sedaplah. Kenapa semua makanan di sini (Malaysia) sedap-sedap ya?,” sambil menikmati burger di kedai burger jalanan.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.