Seorang lelaki di Taiwan telah dikenakan hukuman penjara tiga bulan atas kesalahan menceroboh privasi isterinya dengan memasang kamera pengintip di dalam rumah mereka.

Beberapa kamera pengintip dipasang suaminya di ruang tamu dan bilik tidur selepas mengesyaki isterinya berlaku curang dengan lelaki lain.
Mereka telah mendirikan rumah tangga selama beberapa tahun dan mempunyai dua anak pada 2022.
Kamera yang dipasang berjaya merakam aksi panas isterinya bersama lelaki lain di dalam rumah mereka.
Fan menggunakan rakaman itu untuk membuat permohonan cerai tetapi gagal, menyebabkan dia memfailkan tuntutan sivil terhadap pasangannya.
Namun sebaliknya, isteri Fan membuat laporan polis dan mendakwa suaminya menceroboh privasi dengan memasang kamera pengintip di dalam rumah tanpa persetujuan bersama.
Mahkamah Tinggi Taoyuan meneliti semua tuduhan tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Fan atas kesalahan merakam aktiviti peribadi orang lain secara rahsia dan tanpa alasan yang sah.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.