Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Doktor Ini Beri Penjelasan Setelah Netizen Kecam Isteri Shaarnaz Yang Memakan Durian Ketika Hamil

Baru-baru ni kecoh apabila Netizen mengkritik isteri Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila....
Editor
17 Apr 2018, 12:28 PM

doktor ini beri penjelasan setelah netizen kecam isteri shaarnaz yang memakan durian ketika hamil

Baru-baru ni kecoh apabila Netizen mengkritik isteri Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila yang dilihat dalam sebuah video sedang leka dan menikmati durian. Netizen menuduh pasangan tersebut tidak sayangkan anak yang dikandungnya kerana memakan durian. Malah Netizen juga khuatir yang kandungannya mungkin boleh gugur. Tetapi perkongsian oleh Doktor Rusyainie Ramli ini di halaman Facebooknya menjelaskan sejauh mana kebenaran tentang isu ini. Ikuti perkongsian bermanfaat ini. 

Teringat masa adik saya hamil baru-baru ni, dia teringin nak makan durian. Saya yang masa tu menumpang di rumahnya, pun tumpang sekaki lah dengan dia. Suami dia yang baik hati pun belikan lah durian. Bibik Indonesia dia terkejut dia makan durian. Kononnya tak boleh. Kami berdua sengih jelah kan. Malas nak layan.

Durian ni, kalau 2 ulas kecil, macam durian kampung tu, jumlah kalorinya 60kcal. Kalau yang musang king tu memang jauh lebih tinggi la kan. Adik saya bukan melantak pun. Dia cuma makan beberapa ulas saja, buang mengidam. Dia takde penyakit apa-apa masa mengandung walaupun usia dah 39 tahun. Kalau ada penyakit kencing manis masa hamil, baik jangan makan la durian. Sebab kandungan gulanya tinggi.

Tak payahlah kecoh satu Malaya bab makan durian ni. Mitos orang kita ni dah diimpot dari seberang kot. Takde kemudaratan pun pada bayi kalau maknya makan durian. Jangan jadi pelahap la. Saya dah pesan berkali-kali, makan apa-apa pun, berpada-padalah. Minum air pun kalau dah bergelen-gelen pun tak boleh tau. Nanti jadi water intoxication.

Kadang kala saya jadi bingung. Susahnya jadi Melayu ni, tu tak boleh. Ni tak boleh. Banyak sangat pantang larang. Bila saya tanya kenapa tak boleh, dan bagi saya mekanisma bagaimana durian memudaratkan, dah bunyi cengkerik pula.

Kita rilek-rilek saja ok. Masa makan tu ingat sunnah Rasulullah SAW. Berhenti sebelum kenyang. Bukan masa mengandung je, atau masa pantang je. SEPANJANG HAYAT DIKANDUNG BADAN. Habis cerita.

DR. RUSYAINIE RAMLI
Saya doktor perubatan. Kalau nak membawang, jangan komen. Hormat tuan tanah ni.

Sumber dari Facebook Dr Rusyainie Ramli

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us