
Foto Reuters/Kim Hong-ji
Kejadian rempuhan semasa sambutan Halloween di Itaewon, Seoul menyebabkan 154 kematian termasuk 26 orang warga asing, lapor Agensi Berita Yonhap.
Menurut pegawai di Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat, angka kematian dijangka akan meningkat berikutan 33 mangsa mengalami kecederaan serius. Hampir semua mangsa yang terkorban telah dikenal pasti.
Insiden ngeri itu berlaku apabila pengunjung bersesak dan memenuhi sebuah Lorong sempit selebar 3.2 meter di Itaewon, Seoul hingga mengakibatkan rempuhan dan sesak nafas.
Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca sebenar kemalangan itu.
Presiden Yoon Suk Yeol mengumumkan tempoh berkabung selama seminggu bermula Ahad dan bendera dikibarkan separuh tiang.
Sumber : Astro Awani / Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.