Seorang remaja lelaki tidak dapat menahan kesedihannya apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawa ibu-bapanya. Kenderaan yang dipandu oleh Faiz Hakim Darwis itu terbabas dan terjunam ke dalam longkang akibat hilang kawalan.
Tetapi status yang dimuatnaik oleh Faiz di akaun instagramnya sangat menyentuh hati kami semua.
''Along minta maaf abah, along tak patut drive kereta masa tu. Its all my faults'', tulis Faiz.
Ibu kepada Faiz, Zahera Ahmad, 55 meninggal di tempat kejadian kerana tercampak keluar dari kenderaan. ''Along doakan mak sejahtera dan aman di sana mak, jumpa wa dan atok di syurga nanti. Along tak sempat balas jasa mak lagi, tak jadi imam ketika solat jenazah mak, hmm.'' luah Faiz lagi.
Leih menyedihkan apabila ketika Faiz memuatnaik statusnya, ayahnya yang bernama Darwis Sanja, 46 masih terlantar di hospital akibat cedera parah yang serius. Selang beberapa ketika selepas itu, ayahnya pula dijemput Illahi.
Semoga Faiz tabah dalam menghadapi ujian ini dan sama-sama kita doakan agar kedua-dua orang tuanya di tempatkan di kalangan orang beriman.




Sumber dari Kosmo Online, Siakap Keli, dan Twitter Ahmad Ariff
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.