Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

[VIDEO] Bukan Sekadar Promosi Filem Baharu, Jackie Chan Sentuh Isu Kanak-Kanak Gaza

IDRUS, Husna Najwa
02 Jan 2026, 11:41 AM

[video] bukan sekadar promosi filem baharu, jackie chan sentuh isu kanak-kanak gaza

Pelakon lagenda antarabangsa, Jackie Chan, sekali lagi mencuri perhatian bukan sahaja dengan kehadirannya di layar perak, tetapi juga melalui kata-kata penuh makna yang diungkapkannya di luar dunia lakonan.

 

 

Pada tayangan perdana filem terbaharunya, Unexpected Family, yang berlangsung di Beijing pada 28 Disember, Jackie Chan berkongsi pandangan peribadi yang menyentuh hati mengenai penderitaan kanak-kanak di Gaza. Dalam ucapannya, beliau mendedahkan perasaan sedih dan menangis tatkala menonton satu video yang menunjukkan seorang anak Gaza ditanya berkenaan cita-citanya apabila menginjak dewasa, kanak-kanak itu dengan ringkas dan bersahaja menjawab bahawa,

“Kanak-kanak tidak membesar di sini.”

[video] bukan sekadar promosi filem baharu, jackie chan sentuh isu kanak-kanak gaza

Walaupun acara tersebut bertemakan hiburan dan kekeluargaan  selari dengan mesej filem Unexpected Family, Jackie Chan mengambil kesempatan itu untuk mengaitkan kisah dalam filem dengan realiti kehidupan sebenar. Menurutnya, kanak-kanak seharusnya membesar dalam suasana selamat, penuh kasih sayang dan peluang, bukan dalam bayang-bayang konflik.

Kenyataan itu disampaikan secara tenang tetapi penuh emosi, mencerminkan keprihatinan seorang figura awam yang telah lama dikenali bukan sahaja sebagai bintang aksi, tetapi juga sebagai individu yang aktif menyuarakan isu kemanusiaan.

Filem Unexpected Family sendiri membawa tema kekeluargaan, hubungan antara generasi dan makna rumah menjadikan kenyataan Jackie Chan itu lebih mendalam dan relevan. Ia mengingatkan penonton bahawa di sebalik dunia hiburan yang penuh warna, masih wujud realiti pahit yang perlu diberi perhatian.

Sebagai ikon global, kata-kata Jackie Chan sekali lagi membuktikan bahawa selebriti juga mampu menggunakan platform mereka untuk menyampaikan mesej yang lebih besar daripada sekadar hiburan.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us