Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Jaclyn Victor Berang Foto Tidak Sopan Disunting Untuk Tujuan Penipuan

Aimi Amira Nordin
19 Feb 2025, 01:47 PM

jaclyn victor berang foto tidak sopan disunting untuk tujuan penipuan

Foto: Malay Mail

Juara All Stars Gegar Vaganza, Jaclyn Victor, 47, berasa kesal apabila dirinya menjadi mangsa berita palsu yang disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam keadaan 'tidak sopan.

Menerusi akaun media sosial Instagram miliknya, Jaclyn meluahkan ketidakpuasan hatinya berhubung perkara tersebut yang nyatanya kecewa dengan apa yang berlaku dan bakal membuat laporan polis bagi melindungi hak dan maruah dirinya yang dipersendakan.

"Mereka ini betul-betul buat saya marah. Cukup-cukuplah. Nak cakap lebih-lebih tak guna, nanti kita juga yang jadi orang tak baik.

"Saya akan pergi ke balai polis sebab perkara ini sudah tidak terkawal. Kenapa saya bogel?," katanya dalam kapsyen ditulis.

Difahamkan, foto Jaclyn yang disunting menunjukkan dia kononnya ditangkap dengan tangan digari dalam keadaan 'tidak sopan’ apabila turut diiringi polis.

Dalam pada itu, foto yang disunting itu bagaimanapun dipercayai digunakan untuk tujuan aktiviti penipuan atau 'phishing' dalam talian bagi memperdaya pengguna media sosial yang lain.

Sebelum ini, wajah Jaclyn disunting untuk satu berita palsu yang disebarkan di laman Facebook.

Bukan hanya suntingan pada foto sahaja, namun nama Jaclyn juga ditulis pada tajuk berita berkenaan yang berlatar belakang seperti keluar dari mahkamah.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us