Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Jaclyn Victor Kembali Bergelar Isteri Selepas Enam Tahun

ROSTAM, Mohamad Firdaus
26 May 2025, 10:47 AM

jaclyn victor kembali bergelar isteri selepas enam tahunFoto: Instagram

Penyanyi tersohor tanah air, Jaclyn Victor, 46, mengejutkan peminat apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan pensyarah bernama Calvin T. Samuel dalam satu majlis tertutup yang berlangsung baru-baru ini.

Perkahwinan ini menandakan berakhirnya status ibu tunggal yang disandang Jaclyn sejak enam tahun lalu.

Berita gembira itu dikongsikan oleh rakan artis, Shila Amzah, menerusi Instagram Story miliknya. Shila mengucapkan tahniah kepada Jaclyn dan menyatakan kegembiraannya atas perkahwinan tersebut.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup di sebuah dewan, dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat. Jaclyn tampil anggun dengan gaun putih, manakala Calvin segak bergaya dengan sut lengkap.

Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis termasuklah Datuk Ramli MS, Tomok, Nikki Palikat, Marsha Milan, Siti Nordiana, Dina Nadzir, Che Puan Sarimah Ibrahim, Anuar Zain, dan Hael Husaini.

Untuk rekod, Jaclyn pernah berkahwin dengan penyanyi dari Amerika Syarikat, Shawn Rivera, pada Julai 2014. Namun, rumah tangga mereka berakhir selepas lima tahun. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak, Jonah Joshiah Rivera dan Molly Marguerite Rivera.

Jaclyn sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia mengetahui tentang perkahwinan semula bekas suaminya, Shawn Rivera, melalui Instagram. Walaupun begitu, Jaclyn melahirkan rasa gembira dan mendoakan kebahagiaan bekas suaminya bersama pasangan baharu.

Perkahwinan Jaclyn dengan Calvin T. Samuel ini diharapkan membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada pasangan tersebut. Para peminat dan rakan-rakan artis turut mendoakan agar perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us