Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

[VIDEO] Comel Tetapi Salah: Jadikan Haiwan Sebagai ‘Door Gift’ Satu Kesalahan Undang-Undang

IDRUS, Husna Najwa
17 Sep 2025, 11:57 AM

[video] comel tetapi salah: jadikan haiwan sebagai ‘door gift’ satu kesalahan undang-undang

Foto: Tiktok

Bayangkan anda menghadiri majlis perkahwinan, acara korporat atau sambutan hari jadi, dan sebagai tanda penghargaan, anda diberikan seekor anak kucing atau anak ayam sebagai door gift. Kedengaran unik dan "insta-worthy", bukan? Tetapi tahukah anda, di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772), tindakan ini sebenarnya satu kesalahan dan anda boleh dikenakan hukuman?

Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) merupakan satu undang-undang Malaysia yang digubal untuk melindungi haiwan daripada penderaan, pengabaian dan eksploitasi. Ia menggariskan tanggungjawab pemilik dan penjaga haiwan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan haiwan dijaga dengan baik.

Antara perkara penting dalam akta ini ialah haiwan tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial atau hiburan secara sewenang-wenangnya, pemilik haiwan wajib menyediakan makanan, perlindungan, penjagaan kesihatan dan ruang yang sesuai dan eksploitasi atau perlakuan yang menyebabkan penderitaan kepada haiwan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

 

@yayameida2

dah takde benda lain? sampai haiwan hidup kalian pilih jadikan doorgift?

♬ Instrumen Sedih - Khalif Arkhan

 

Menjadikan haiwan sebagai door gift atau cenderahati ialah satu bentuk eksploitasi dan ia juga boleh membawa kepada pengabaian kebajikan haiwan. Ini kerana bukan semua orang bersedia atau mampu menjaga haiwan. Menjadikan haiwan sebagai hadiah tanpa persetujuan dan persediaan adalah tidak bertanggungjawab. Haiwan bukan objek tetapi makhluk hidup yang memerlukan perhatian dan komitmen jangka panjang.

Selain itu, adakah penerima ada alahan terhadap bulu? Adakah mereka tinggal di kediaman yang membenarkan haiwan? Adakah mereka mampu menanggung kos makanan dan rawatan veterinar? Ini semua soalan penting yang lazimnya tidak dijawab apabila haiwan dijadikan hadiah spontan. Lebih membimbangkan, banyak haiwan yang ‘dihadiahkan’ akhirnya ditinggalkan, dibuang atau mati akibat penjagaan yang tidak sesuai. Ini jelas bertentangan dengan objektif Akta 772.

Di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 Seksyen 29(1)(e) telah menggariskan mana-mana orang yang menggunakan mana-mana haiwan dengan cara yang menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya adalah melakukan kesalahan. Seksyen 24 pula menyatakan bahawa mana-mana pihak yang memiliki haiwan bertanggungjawab untuk memastikan keperluan kebajikan haiwan itu dipenuhi. Ini bermaksud, perbuatan memberikan haiwan sebagai cenderahati tanpa memastikan kebajikannya terjamin boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Jika anda menganjurkan acara dan ingin memberi hadiah yang bermakna, pertimbangkan alternatif seperti benih pokok atau tumbuhan kecil, barang buatan tangan yang mesra alam atau cenderahati bercetak yang membawa mesej kasih sayang kepada haiwan. Dan jika anda benar-benar ingin membantu haiwan, jadikan acara anda sebagai platform kesedaran bukan eksploitasi.

[video] comel tetapi salah: jadikan haiwan sebagai ‘door gift’ satu kesalahan undang-undang

Foto Hiasan

Haiwan bukan hadiah. Haiwan bukan hiasan. Haiwan bukan door gift. Ia adalah makhluk bernyawa yang layak untuk hidup dengan kasih sayang, penjagaan dan hormat. Sebagai masyarakat yang berperikemanusiaan, marilah kita bersama-sama menolak amalan mengeksploitasi haiwan atas nama "keunikan" atau "kreativiti". Sebaliknya, mari kita buktikan kasih sayang kita kepada haiwan dengan cara yang beretika dan bertanggungjawab.

Sumber: X (@StrayFreeFndn)

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us