
Buah pinggang merupakan antara organ dalaman yang penting bagi seseorang manusia. Walaupun seseorang boleh hidup dengan hanya satu buah pinggang sahaja, kedua-duanya penting bagi memastikan fungsi badan berjalan dengan lancar. Buah pinggang berfungsi untuk menapis dan mengawal kandungan air di dalam darah kita. Ia juga membuang toksin dan perkara-perkara yang boleh memudaratkan badan kita.
Tahukah anda langkah-langkah penjagaan yang boleh memastikan risiko keroasakan buanh pinggang anda berkurang? Mari kita berkongsi sedikit ilmu penjagaan buah pinggang
1. Berjaga-jaga dengan antibiotik
Secara umumnya penggunaan ubat antibiotik ini perlu dikawal. Selain daripada boleh memberikan kesan kepada buah pinggang anda, penyalahgunaan antibiotik boleh menyebabkan epidemik jangkitan kuman yang lebih kuat dan sukar untuk dikawal.
2. Elakkan penggunaan ‘makanan tambahan herba’
Tidak kiralah sekiranya makanan tambahan ini terpampang di kaca televisyen, kepatian tentang keselamatan penggunaannya perlulah diragui. Kebanyakan daripada produk ini tidak perlu mendapatkan kelulusan kesihatan untuk dijual di pasaran. Lebih teruk lagi, ia boleh merosakkan buah pinggang anda dan juga menghalang keberkesanan sesetengah ubatan.
3. Pemakanan yang sihat
Buah pinggang kita bertanggungjawab untuk menapis segala apa yang kita makan atau minum. Sekira ‘kotor’ tabiat pemakanan kita, maka buah pinggang kita akan bekerja lebih banyak dan ini akan menyumbang kepada kerosakan buah pinggang
4. Jaga penggunaan garam anda
Mineral yang ada di dalam garam boleh menyebabkan kerosakan sekiranya diambil pada kadar yang banyak. Ini adalah kesan sampingan pengambilan garam yang tidak terkawal, selain daripada tekanan darah tinggi, batu karang, dan sakit jantung.
5. Minum air kosong yang mencukupi
Air merupakan cara badan kita menghantar nutrien-nutrien yang penting kepada seluruh anggota kita termasuk buah pinggang kita. Ia juga bertindak sebagai cara penghantaran toksin dan bahan buangan di dalam badan ke buah pinggang untuk ditapis dan dinyahkan keluar.
Berikut adalah antara tips yang mungkin sudah lali kita dengari, tetapi terkadang kita memerlukan sedikit peringatan bagi melangsungkan kehidupan kita.
Sumber: WebMD
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.