
Kejutan dari Dato Jamal Abdillah untuk peminat-peminat dan media semalam apabila beliau buat pertama kalinya memperkenalkan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 23 tahun di majlis sidang media “Luncheon With The Stars-In Celebrations with Secretaries’ Week 2018”. Beliau bernikah pada 1 April 2017 dan ini adalah pernikahan beliau kali keempat. Keperibadian Datin Zai menjadi tarikan buat Dato Jamal walaupun tempoh berkenalan hanya memakan masa selama dua bulan. Sama cantik sama padan.
Pernikahan Jamal dan Zai Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah ini berlangsung di Ipoh, Perak pada 1 April, tahun lalu. “Urusan kahwin saya dan isteri dipermudahkan dan saya anggap ia sebagai anugerah dari Allah SWT pada saya.
“Saya dikurniakan isteri pada usia begini membuatkan saya amat menghargainya dan akan menjaganya sebaik yang mungkin meskipun jarak usia kami terlalu jauh,” katanya kepada media. Rasanya belum terlambat kalau Sinar nak ucapkan tahniah buat Dato’ dan isteri. Tahniah! #SinarKongsi
Sumber dari Astro Awani dan Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.