Kempen #YouCanDuit edisi ke-lima yang berlangsung pada 25 Ogos yang lepas di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis telah melabuhkan tirai dengan jayanya.
Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk menarik kehadiran ramai peserta dan objektif utama penganjuran kempen ini adalah untuk membuka peluang kepada orang ramai menjana pendapatan melalui platform digital dengan adanya program seperti e-Usahawan dan e-Rezeki. Bukan itu sahaja, golongan artis seperti Fizo Omar dan Erma Fatima juga turut hadir bagi berkongsi kisah mereka dalam bidang keusahawanan.
Jom saksikan video yang memaparkan kemeriahan Kempen #YouCanDuit yang berlangsung sebelum ini:
Jadi bagi anda yang ingin tahu bagaimana untuk menjana pendapatan tambahan melalui digital, jangan lepaskan peluang untuk datang ke Kempen #YouCanDuit yang seterusnya pada 17 hingga 19 November ini di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Jeli.
Antara program yang akan disediakan untuk anda ialah kursus eRezeki Global High Income dan sesi perkongsian kisah kejayaan oleh mentor selebriti seperti Zain Saidin dan Mak Cun. Ada juga persembahan istimewa daripada Yus Zainal yang kini hit menerusi lagu #YOUCANDUIT. Pakat maghi blako ke kempen #YouCanDuit Kelantan!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.