Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang pensyarah memberikan nasihat kepada pelajar-pelajarnya supaya tidak lupa memberikan duit belanja kepada ibu bapa apabila sudah bekerja.

Menurut perkongsian video di laman TikTok Sleepynuyin, warganet tersentuh dengan pesanan pensyarah tersebut mengingatkan agar pelajar-pelajar tidak lupa memberi duit belanja kepada ibu bapa walaupun sedikit.
Malah, pensyarah itu juga berpesan pemberian kepada ibu bapa itu pasti akan memberi keberkatan dan dapat menggembirakan hati mereka.
“Selitkanlah duit kepada ibu bila kamu dah bekerja nanti. Mungkin ibu bapa kami tidak perlukan duit itu, mungkin mereka sudah kaya tetapi beri sahaja.
“Tahu mengapa? Hidup kamu akan lebih berkat, saya boleh buktikan perkara itu. Cuba amalkan budaya itu, sebab budaya itu jarang diamalkan oleh generasi muda kini,” katanya.
Pelbagai reaksi positif yang diberikan warganet tentang video tersebut dan ramai juga tersentuh dengan kata-kata pensyarah itu.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.