Mungkin anda pernah mengalami rasa badan ini selalu ‘berangin’. Perut rasa kembung dan sendawa tidak berhenti, ini kerana badan selalu berangin. Selalunya nak hilangkan masalah ni, ramai orang akan pergi berurut atau sebagainya. Tapi masalahnya, penyakit badan berangin ini tidak juga kesudahan.
Ramai yang tidak sedar bahawa penyakit ‘angin’ ini, sehingga ia dah jadi teruk. Awal-awal memang akan pandang remeh sahaja. Tapi selalunya, penyakit angin ini boleh dikaitkan dengan gastrik atau perut kembung, namun nak sedapkan hati diri ini akan selalu berfikir mungkin penyakit angin ni disebabkan lambat makan ataupun stress.
Tak ramai orang tahu sebenarnya sakit angin ini kemungkinan berisiko disebabkan:
1) Gangguan mental: banyak berfikiran negatif, kerisauan, OCD.
2) Badan sakit-sakit
3) Lesu tiada tenaga
4) Sendi bermasalah terutama sakit jari, lutut dan belakang.
5) Hujung kaki pucat, kebas-kebas. Kuku pecah-pecah.
6) Masalah pencernaan: Kembung, refluks asid, cirit atau sembelit.
7) Alahan jadi teruk: Ekzema, asma, resdung, migrain.
8) Gangguan hormon: Cyst, fibroid, period terganggu.
9) Sesak dada, stamina kurang, berdebar-debar.
10) Penyakit autoimmune (antibodi serang badan sendiri).
Banyak lagi tanda-tanda lain awal yang sebenarnya kita abaikan. Orang-orang muda zaman sekarang ini ramai yang sudah nampak tanda gangguan mental. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah gaya hidup kita pada zaman moden ini yang menjurus ke arah penyakit-penyakit yang sudah jadi biasa sangat.
- Anak-anak kita sudah tidak main sudah di luar dengan kawan-kawan. Majoriti suka duduk rumah main video game.
- Orang dewasa pula sibuk bekerja, riadah di taman dan padang sudah kita gantikan dengan senaman di gimnasium pada waktu malam. Bukan tidak bagus, lagi bagus daripada tak melakukan apa pun. Tapi ia akan mengganggu fitrah badan kita.
- Pemakanan zaman sekarang seperti fast food, makanan pek yang sangat proses. Makanan bergandum macam roti/biskut/mi/pasta sudah tidak sama macam makanan nenek moyang kita.
- Tidur lewat bukan sahaja kurangkan waktu badan untuk berehat, tetapi ia juga mrngganggu sistem hormon dalam badan. Badan jadi radang, sistem detoks badan jadi lemah.
- Kita banyak terdedah kepada bahan toksik. Periuk kuali kita masak, sabun syampu dan minyak wangi kita guna. Mainan anak-anak kita. Macam-macam sebenarnya boleh rosakkan badan.
Semua faktor-faktor ini disebabkan badan kita yang sentiasa stress. Bukan saja emosi kita stress, bahkan, fizikal, mental dan jiwa spiritual kita pun turut stres.
Pulihkan perut, sebab itu punca penyakit. Jangan tunggu sampai terlambat. Ubat paling hebat pun tidak mampu rawat. Cegah sebelum padah.
Sumber: Dr Hafiz Sulaiman
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.