Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

JAWI Benarkan 300 Bilangan Jemaah Bagi Solat Jumaat, Aidiladha di Wilayah Persekutuan

Semua ketetapan baharu ini akan dikuat kuasa mulai 9 Julai
08 Jul 2021, 01:39 PM

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat ketetapan baharu berhubung had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat Hari Raya Aidiladha di masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan.

jawi benarkan 300 bilangan jemaah bagi solat jumaat, aidiladha di wilayah persekutuan

Kesemua ketetapan baharu akan telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong dan akan berkuat kuasa 9 Julai di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, kata Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail.

Kawasan yang dibenarkan solat jemaah ini tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD).

"Solat Jumaat dan Solat Sunat Aidiladha, bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 300 orang, Masjid Pusat Zon 100 orang, Masjid Kariah dan surau Jumaat 50 orang, Surau kebenaran Khas Solat Jumaat 40 orang, Surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 12 orang.

"Bagi Solat Fardu di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan 100 orang, Masjid Pusat Zon 50 orang, Masjid Kariah dan surau Jumaat 50 orang, surau kebenaran khas solat Jumaat 40 orang, surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 12 orang," katanya dalam satu kenyataan.

jawi benarkan 300 bilangan jemaah bagi solat jumaat, aidiladha di wilayah persekutuan

Mohd Ajib turut memaklumkan bagi kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD), solat fardu dilaksanakan tiga orang sahaja di semua masjid, surau Jumaat dan surau, manakala solat Jumaat digantikan dengan solat zohor.

"Semua ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Semoga umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan bermunajat serta berdoa agar penularan wabak COVID-19 segera berakhir," katanya.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.