Ketakutan yang teramat boleh ditukar jadi satu fobia. Fobia dan ketakutan biasa tidak sama, bahkan fobia ini dua mahupun tiga kali ganda daripada ketakutan biasa. Fobia mampu menyebabkan denyutan jantung seseorang itu berdegung dengan sangat laju, nafas tersekat-sekat dan ketidakselesaan di bahagian abdomen badan.
via GIPHY
Tapi ada sahaja fobia yang agak aneh.
1. Catoptrophobia
Fobia ini merupakan ketakutan terhadap cermin atau pantulan wajah sendiri di cermin. Ini mungkin disebabkan tragedy yang pernah terjadi pada seseorang itu yang melibatkan cermin. Mereka mungkin terbayangkan hantu akan berdiri di belakang ketika melihat cermin.
2. Triskaidekaphobia
Triskaidekaphobia adalah ketakutan yang berterusan dan tidak rasional terhadap nombor 13. Nombor 13 selalu dikaitkan dengan entiti negatif dan jahat. Mereka cenderung berfikiran sangat negatif terhadap nombor ini.
3. Nomophobia
via GIPHY
Nomophobia akan menyebabkan individu berasa gusar apabila telefon mereka tidak dicaj, tidak mempunyai baki ataupun tersalah letak.
4. Anemophobia
via GIPHY
Terdapat fobia air, laut mahupun sungai, sebab takut diri akan lemas. Tapi pernah tak dengar takut akan angin. Anemophobia pula menjelaskan situasi di mana seseorang itu takut akan angin. Mereka tidak boleh berada berdekatan dengan tingkap yang terbuka. Peralatan seperti pengering tangan juga pastinya menakutkan kepada golongan ini.
5. Optophobia
Optophobia menjelaskan keadaan di mana seseorang berasa takut untuk membuka matanya. Ia mungkin kedengaran seperti aneh namun nyata.
Sumber: Fearof
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.